Friday 11 September 2015

Hadiah Ujian

Assalamua'laikum. :)

Memandangkan dah lama tak menulis, entry kali ni such a quiet interesting for me. hii. sbb still fresh, dan mungkin takkan aku lupa selama lama . insyaAllah :D

Utk pengetahuan, aku baru accident. Dengan diri sendiri. haha . Alhamdulillah tak libatkn org lain, terutama Piqa. Aku syukur sgt. Macam entry lepas aku tulis, setiap yg kita cakap, biasanya Allah akan uji. And now, it's supposed to be my turn . Aku tulis pasal redha dengan ujian pd entry lepas. Dan skrg, Allah uji apa yg aku ckp. :) 

Alkisahnya, aku bermain dgn sahabat baik aku Piqa, dan jatuh dgn ganasnya. taknak cerita main apa kihkih. Tapi kejadian tu cukup buat tanganku patah, dan kna buat operation masuk dua besi. Dan klimaksnya, cerita masuk hospital bedah semua ni betul2 seminggu sebelum nk daftar USM. Agak drama di sini. kih. 

Waktu kejadian tu, aku tak nangis pun. Aku blurr knp Piqa menangis kat sebelah. Aku masih tak faham situasi. (skrg aku faham knp org cakap aku ni blurr huhu). Bila dah x-ray check bagai, doktor rawat aku geleng kepala tanda ni kes teruk. Waktu ni aku still diam tahan sakit sampailah bila mak ayah sampai hosp, aku nangis. Aku rasa dah hampakan dorang. Rasa berdosa sbb sedihkan dorang, buat dorang risau. Yelah, minggu depan nk daftar kan. Aku kena bedah pulak. Waktu ni, aku rasa mcm kelam sgt dunia. Sbb patah aku di sendi. Hancur tulang. (kenapa aku ganas sangat ni. T.T) Dan mmg kes teruk sampai mulanya doktor tak tahu nk buat apa. T.T

Di hospital, Allah ja faham perasaan ni bila satu2 doktor geleng kepala mcm kes ni takda solusi. Sedih tu tak reti nk cerita. Tolonglah doktor, jgn buat muka risau mcm tu dpn patient. Sobs. At least, kasi la kata2 semangat. huhu. (tp ada jugak doktor yg baik. tak semua centu). 

Tapi Alhamdulillah, kakak dan Piqa yg jaga aku kat hosp. Dorang penjaga yg sgt baik. Well recommended. hihi. Sampai aku rasa, aku patient paling bertuah kt dunia. Dorang selalu ceriakan suasana, kasi semangat, dan bacakan ayat2 suci Tuhan utk aku. Kakak selalu suruh aku berzikir, gantung harapan hy pd Allah. Bukan manusia. Walaupun waktu tu aku parah kt luar, hati ni rasa best sgt. Inilah sbbnya Allah beri kita ujian. Aku jujur, tak pernah rasa setenang ni selama ni. Rasa kasih syg Allah tu dekat sangat. Kakak kata, mcmana pun takdir kita, ini hadiah terbaik yg Allah nk sembahkan pada kita. Hidup kita punya jalan cerita yg sgt indah. Alhamdulillah, dipendekkn cerita, aku selamat operation. Dan, doktor pun syukur sbb saraf aku tak putus. Semuanya okay. See? Allah yg pegang takdir kita. Jgn risau, serah pd Allah. Ikhlaskn hati okay?. 

Sebenarnya, antara hadiah terbesar dlm ujian ni, Allah tunjukkan aku sahabat sejati aku. Piqa. Aku tak pernah sangka Piqa sanggup berjaga mlm, hampir seminggu jaga aku. Dialah yg susah payah tolong aku buat mcm2 kt hosp. Dialah yg kelam kabut cari nurse doktor bila aku tak tahan sakit. Sampaikan, dialah yg tawarkn duit utk aku buat operation kt swasta sbb operation kt hosp kerajaan lambat sikit. (tp tak boleh jugak sbb once dah masuk hosp kerajaan mmg susah nk tukar swasta). Dia jugak lah kna paksa balik oleh parents aku sbb dia still nk jaga aku kt hosp padahal dia nk masuk UM dah tak lama lagi. Aku tak sangka Allah beri aku sahabat sebaik ini. Rasa tak layak aku dpt kawan sebaik ni. (moga syurga buatmu shbt. dan kita semua. Amin). 

Nampak tak setiap ujian, Allah tunjuk hikmah. Ujian ni terjadi bilamana org yg aku syg ada di sisi. Walaupun pahit awalnya, tapi indah. Takdir Ilahi tak pernah mengecewakan kita. Setiap kesulitan, ada byk kemudahan. (igt tak firman Allah pasal ni? hihi). Nanti aku ceritakan pasal kemudahan ujian ni next entry, insyaAllah. Sekian dulu ya. (malas nk taip lama2 sbb guna sebelah tgn ja haha). moga perkongsian ini ada faedah. Amin. :)


P/S: Utk yg sakit, igt ni. 

"Kalau manusia tahu nikmat sakit mcmana, nescaya semua manusia memohon utk sakit sepanjang hidupnya." - Kalam ulama'. 

So, rasa untung tak sakit sekarang? hee. 

Friday 14 August 2015

Kau REDHA. Kau BAHAGIA.

Assalamua'laikum pembaca yg dirahmati Allah moganya.

11 Ogos lepas, Keputusan UPU, UM, USM dan RCMP yang aku mohon banyak banyak tu dah keluar dengan jayanya. (result tak semua jaya sgt haha). Okay, jd konklusinya, aku tak dapat ke RCMP utk buat medik situ. haha nampak sgt aku bukan ditakdirkan jadi doktor. :D

Tapi Alhamdulillah, aku dapat USM. Kau tahu, bila dapat tau tu, aku tak sangka langsung. Bayangkan, aku hantar keputusan semester akhir aku seminggu sebelum result USM tu keluar. Time hantar result MUET pulak, dia kata sistem dah ditutup. Nak menangis jugak la masa tu. T_T . Macam entry lepas, aku dah cakap kan aku tak harap langsung dapat IPTA dalam masa terdekat ni sbb kami ni tak grad lagi. Tapi tulah, aku dengan mak ja macam excited bila dpt tu. Ayah buat taktau. Macam tak setuju aku pergi. Ayah kata, "hang nak jadi apa ambil Fizik tu?" . hee entah. Aku pun tak pasti. Tapi Alhamdulillah, berkat pertolongan abang dan kakak yg yakinkan ayah, ayah setuju aku p sana. :)

Sebenarnya masa tu, aku patut rasa sedih sebab ayah tak kasi. Dan, aku tak dapat RCMP medik tu. Tapi anehnya, aku rasa bahagia tiba-tiba. Aku tak terganggu pun psiko ayah kat aku tu. Tak dapat RCMP tu pun aku mcm rileks ja haritu walaupun aku berharap sangat sangat dapat kat situ dulu. Macamana nk cerita ea? .hm macam ni, aku haritu ada dengar ceramah Ust Abdullah Khairi. ni link dia https://www.youtube.com/watch?v=jHcpKqjkzU0 . Pasal redha dan bahagia. Sebenarnya, USM ni pilihan terakhir aku antara kesemua yang aku mintak tu. Walaupun yang lain aku tak dapat, kecuali yg Australia tu, (takdak penaja lagi haha) aku rasa bahagia sangat. Aku bersyukur Allah beri yang terbaik buat aku walaupun ayah rasa tu tak bagus sangat utk aku pada awalnya. hehe Tp, tak semestinya yang kita rasa baik, baik utk kita. Macam tu jugak sebaliknya. kan? Macam mana pun, kalau kau redha, kau bahagia. Mcm ceramah tu ckp. 

Buat sahabat aku yg tak dapat lagi tawaran u, jangan sedih. Allah tau sedih korang. Allah jugak nampak usaha korang. Usahalah, doa dan berserah. Yakinlah, Allah tetapkan sesuatu ada hikmah. Yakin jugak, bahawa Allah MAHA MEMAKBULKAN DOA HAMBANYA, Banyakkan solat dhuha, hajat, baca surah Al-Waqi'ah. Banyakkan istighfar, baca Al-Quran. InsyaAllah, kau akan dapat rezeki yang tak kau sangka sangka. Trust Allah okay ? :) *aku pun pernah rasa down . tak percaya, tgk entry sebelum ni. 

Percayalah pada Allah. Percaya pada rezeki. Aku tahu, kadang kadang kita okay ja. Tp faktor org sekeliling buat kita down kan? Percayalah, aku pernah rasa centu. (aku malas cerita sbb sedih sangat cerita tu haha). Tp, kekalkan momentum positif, usaha, doa sungguh sungguh, kau mesti dapat yg positif dan baik jugak. Trust me? Dan satu lagi, bila sapa sapa nasihat, ada tak terlintas cemni, "Kau boleh la cakap, kau berjaya dah, kau tak rasa la, bla bla bla..". Sbb aku pernah terlintas cemtu dulu. Tp, satu lagi kau kena igt, yg bercakap ni lah, Allah selalu uji ttg apa yg dicakapkannya. Jadi nasihat ni utk aku terutamanya dan semua yg membaca :D moga kita berjaya tempuh semua ujian Allah kasi dgn hati yg tenang okay? Dunia tak lama pun. Orang nak bercakap-cakap pasal kita pun nanti dia lupalah tu. haha . okay tu ja lah. Jumpak lagi insyaAllah :D



*respect sgt kat motivator, ustaz ustazah yg banyak nasihat kat kita. mesti dorang lagi teruk ujiannya kan? hm cer imagine, tabahnya nabi-nabi kita kan?














Monday 10 August 2015

Let me be your driver !!

Assalamua'laikum.



Hari ni tetiba rasa bebas. haha renew lesen je pun. Dari P ke lesen memandu kompeten tu. Tak payah dah lekat stiker P bagai tu. (sebenarnya, aku tak pernah lekat pun stiker tu sepanjang 2 tahun lesen P tu haha). Aku rasa sangat dewasa sekarang. Tambah-tambah bila parents kasi drive jauh jauh mcm dari Alor Setar ke Ipoh semalam dan drive ke Thailand haritu. Rasa best sangat sbb at last, aku dapat jadi driver dorang. Faham tak perasaan tu? haha.

Kisahnya, aku dari kecik tak pernah terlintas nk drive sendiri. Aku paling seram nak bawak kereta kalau nk dibandingkan antara adik beradik lain. Time kecik berangan nak ada driver sendiri sbb taknak langsung sentuh setereng kereta. kahkah angan-angan apakah itu =,,= .

Tapi sebenarnya memandu dah jadi suatu kewajipan dah sekarang kan? Yelah. Kita bukan di dunia fantasi doraemon nk ke mana-mana ada pintu ajaib. Semua kena usaha. Sbb tu Islam sukakan umatnya yang kuat berbanding yg lemah. Kalau kita serba tak tahu, macamana nak menyumbang utk agama kita kan? Kalau Allah tanya, kita nk jawab ape je.. huhuhu

Antara lainya aku nampak, kita boleh tolong mak ayah kita. Mana tahu kalau ada kecemasan, at least kita boleh cuba semampu kita. Berbakti kt dorang. Islam ajar, malang bagi seseorang anak itu yg masih ada ibu ayah, tp tak gunakan mereka utk masuk ke dalam syurga Allah. Fahamkan maksud tu?

Entahlah. Aku banyak sangat nk cerita. Tp aku sangat malas menulis. (aku tak suka menulis, jadi tak hairan pun kan) . Setakat ni dulu ya. 

p/s: siapa yg tinggal di Ipoh, renew lesen memandu di UTC je k? cepat je uolls. Sampai malam jugak dorang bukak kecuali jam 7-8 malam sbb time tu rehat. Serius terbaik dorang ni. :D





Monday 3 August 2015

Dilema - Part 2

Assalamua'laikum. Hai !! *lambai tangan* hihi

Lepas Diploma
Awal awal blog ni terus cerita dilema. bosan betullah aku ni. huhu. Anyway, aku akan cerita jugak. hahaha. Okay, ni live story, means aku tgh lalui sekarang ni. Bukan throwback mcm cerita SPM tu okay? :D

Bila dah habis diploma, mula lah nak fikir degree apa pulak lepas ni kan? Jd, aku mengambil byk langkah berjaga-jaga. Aku isi UPU, mohon UM, USM, IPTS dan luar negara. haha, Over kan aku ni, banyak betul mintak. = =''

Alhamdulillah, usaha tu berbaloi. Aku dpt tawaran Perubatan di MAHSA, interview Perubatan di RCMP, UNIKL, dan Chemical Engineering di Australia. IPTA aku tak dpt lagi sbb result Ogos ni. Tp jujurnya, aku tak harap sgt di IPTA ambilan September ni sbb tak grad dip lagi. Jd mungkin susah sikit. Mungkin la,  berdasarkan pengalaman senior lepas .hm sedih sikit.

Okaylah. Aku nk cerita ni. Sebenarmya aku cerita pasal tawaran tu bersebab. haha mana tau ada yg boleh ambil pelajaran ke . heh . Tawaran MAHSA tu terpaksa aku tolak. Mahal nakk. Risau tak larat nk bayar nnt. Yelah, swasta kan. Medic di RCMP (Royal College Medicine of Perak) pulak, aku masih tunggu keputusannya minggu depan, insyaAllah. Semua, doakan aku ya :) huhu terima kasih. *terharu* . Manakala tawaran ke Australia tu aku terpaksa tangguh dulu sampai Februari tahun depan. Sbbnya, aku tak dapat penaja lagi. hahaha. (kau gelak An?) silap, huhuhu. Tu pun doakan aku ya? Moga aku jumpak putera raja atau pihak yg nak taja aku. kih 

Aku bersyukur atas rezeki ni. Namun, semua jd dilema sekali lagi. Dilema yg buat aku percaya, ia dtg utk aku lebih dekat pd Pencipta. MasyaAllah.

Jujurly, aku rasa cita cita ini macam separuh jalan. Aku pernah rasa, kalau tak dapat tawaran tu pun takpa. Sbb bukan aku boleh pergi pun. At least aku tak berangan angan sgt macam sekarang. Sampailah satu hari, kakak mesej. Mesej tu lebih kurang mcm ni, "Kalau hg tau perancangan Allah terhadap masa depan hg, mesti hg nangis teresak esak sbb bersyukur Allah takdirkan mcm tu". Mesej tu buat aku tersentak. Aku rasa berdosa sgt sbb tak lalui semua tu dgn ikhlas. T_T

Sejak tu, aku cuba ikhlaskan diri. Aku positifkan diri. Aku makin percaya pd takdir, perancangan Allah. Allah Maha Adil, Allah Maha Memakbulkan doa hamba Dia. Cuma aku, cukup ikhlas dan percayakah pd Dia? Punya byk nikmat Allah kasi, apa selama ni aku syukuri? Itu yg patut aku persoalkan. Tu yg patut aku baiki. Dan sekarang, aku pasrah ketentuan Ilahi atas apa yg terjadi, dan akan usahakan selagi termampu di masa datang. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas. Mohon doakan aku ya. Moga kita sama-sama ikhlas dan termasuk golongan yg diredhaiNya. Amin. :)

p/s: Jom baca surah Al-Waqiah n solat dhuha jgn tinggal k? ^.^

Dilema - Part 1

Lepas SPM
Dari lepas SPM, aku selalu sgt dilema dilema ni. Yelah, nak sambung mana lepas tu. Sampai sekarang, aku masih dilema. haha. ok let's story. :D

Alkisahnya, result aku takda lah gempak mana. Sesuai dgn apa yg aku usahakan. Allah Maha Adil. Jd peluang aku nk masuk INTEC A-LEVEL tu mmg tak nampak la time tu. haha. Tp alhamdulillah, aku dapat tawaran sambung bidang Perubatan di Mansoura, Mesir. Aku excited sgt!! Dah terbayang bayang dah pasir, unta. Eh, tetiba . Taklah, aku terbayangkan aku dikelilingi org-org yg baik. hafal Al-Quran dan dan sebagainya. Itu yg aku imagine mula mula . hehe . Semua pun seronok la, tambah tambah kakak Fatin aku yg tgh belajar kat sana jugak. Aku jujur rasa secure sikit bila ada kakak sendiri sana kan :). Tp, kisah dilema mula terjadi. haha mak tak berapa rela nk lepaskan aku. (drama tak ewah) katanya, cukuplah kakak sorang ja jauh jauh. huhu takpa, aku ambil masa istikharah minta petunjuk Allah, dan aku lepaskan tawaran itu. hihi. *aku mampu gelak dah sekarang . dulu nangis teriak tu biasa dah hahaha.

Lepas tu, aku dpt matrik dan diploma di UPSI serentak. Aku dgn excitednya tanpa tanya mak ayah, terus print dr A-Z borang nk masuk matrikulasi tu. Rezeki dpt di Gopeng haha mmg dekat la kan. Tp bila mak aku balik sekolah, dia kata, "kenapa tak amik UPSI? UPSI la ya?". Sekali lagi, aku blur. Semua aku buat serba tak kena. hahhaha. At last, aku pilih UPSI dan sekarang baru habiskan diploma 3 tahun di UPSI tercinta ewah. Alhamdulillah :')

Balik kelas ni. hm boleh tahan poyo aku ni. 


Kenapa mak suruh pilih UPSI dan kenapa ambil diploma, nnt aku cerita lain okay? 


"Penulis itu akan mati, tulisannya tidak"

Assalamua'laikum.

Aku bukan suka menulis. Jd, menulis blog boleh ni kira satu perkara yg pelik aku pernah buat. Hopefully akaun ni jd saham yg baik kat aku. Moga dpt manfaat dunia akhirat. Ok, i've gotta go now. We'll see later k. insyaAllah. :)

see? hahaha. i'll love someday.