Assalamua'laikum. Hai !! *lambai tangan* hihi
Lepas Diploma
Awal awal blog ni terus cerita dilema. bosan betullah aku ni. huhu. Anyway, aku akan cerita jugak. hahaha. Okay, ni live story, means aku tgh lalui sekarang ni. Bukan throwback mcm cerita SPM tu okay? :D
Bila dah habis diploma, mula lah nak fikir degree apa pulak lepas ni kan? Jd, aku mengambil byk langkah berjaga-jaga. Aku isi UPU, mohon UM, USM, IPTS dan luar negara. haha, Over kan aku ni, banyak betul mintak. = =''
Alhamdulillah, usaha tu berbaloi. Aku dpt tawaran Perubatan di MAHSA, interview Perubatan di RCMP, UNIKL, dan Chemical Engineering di Australia. IPTA aku tak dpt lagi sbb result Ogos ni. Tp jujurnya, aku tak harap sgt di IPTA ambilan September ni sbb tak grad dip lagi. Jd mungkin susah sikit. Mungkin la, berdasarkan pengalaman senior lepas .hm sedih sikit.
Okaylah. Aku nk cerita ni. Sebenarmya aku cerita pasal tawaran tu bersebab. haha mana tau ada yg boleh ambil pelajaran ke . heh . Tawaran MAHSA tu terpaksa aku tolak. Mahal nakk. Risau tak larat nk bayar nnt. Yelah, swasta kan. Medic di RCMP (Royal College Medicine of Perak) pulak, aku masih tunggu keputusannya minggu depan, insyaAllah. Semua, doakan aku ya :) huhu terima kasih. *terharu* . Manakala tawaran ke Australia tu aku terpaksa tangguh dulu sampai Februari tahun depan. Sbbnya, aku tak dapat penaja lagi. hahaha. (kau gelak An?) silap, huhuhu. Tu pun doakan aku ya? Moga aku jumpak putera raja atau pihak yg nak taja aku. kih
Aku bersyukur atas rezeki ni. Namun, semua jd dilema sekali lagi. Dilema yg buat aku percaya, ia dtg utk aku lebih dekat pd Pencipta. MasyaAllah.
Jujurly, aku rasa cita cita ini macam separuh jalan. Aku pernah rasa, kalau tak dapat tawaran tu pun takpa. Sbb bukan aku boleh pergi pun. At least aku tak berangan angan sgt macam sekarang. Sampailah satu hari, kakak mesej. Mesej tu lebih kurang mcm ni, "Kalau hg tau perancangan Allah terhadap masa depan hg, mesti hg nangis teresak esak sbb bersyukur Allah takdirkan mcm tu". Mesej tu buat aku tersentak. Aku rasa berdosa sgt sbb tak lalui semua tu dgn ikhlas. T_T
Sejak tu, aku cuba ikhlaskan diri. Aku positifkan diri. Aku makin percaya pd takdir, perancangan Allah. Allah Maha Adil, Allah Maha Memakbulkan doa hamba Dia. Cuma aku, cukup ikhlas dan percayakah pd Dia? Punya byk nikmat Allah kasi, apa selama ni aku syukuri? Itu yg patut aku persoalkan. Tu yg patut aku baiki. Dan sekarang, aku pasrah ketentuan Ilahi atas apa yg terjadi, dan akan usahakan selagi termampu di masa datang. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas. Mohon doakan aku ya. Moga kita sama-sama ikhlas dan termasuk golongan yg diredhaiNya. Amin. :)
p/s: Jom baca surah Al-Waqiah n solat dhuha jgn tinggal k? ^.^
No comments:
Post a Comment