Monday, 10 August 2015

Let me be your driver !!

Assalamua'laikum.



Hari ni tetiba rasa bebas. haha renew lesen je pun. Dari P ke lesen memandu kompeten tu. Tak payah dah lekat stiker P bagai tu. (sebenarnya, aku tak pernah lekat pun stiker tu sepanjang 2 tahun lesen P tu haha). Aku rasa sangat dewasa sekarang. Tambah-tambah bila parents kasi drive jauh jauh mcm dari Alor Setar ke Ipoh semalam dan drive ke Thailand haritu. Rasa best sangat sbb at last, aku dapat jadi driver dorang. Faham tak perasaan tu? haha.

Kisahnya, aku dari kecik tak pernah terlintas nk drive sendiri. Aku paling seram nak bawak kereta kalau nk dibandingkan antara adik beradik lain. Time kecik berangan nak ada driver sendiri sbb taknak langsung sentuh setereng kereta. kahkah angan-angan apakah itu =,,= .

Tapi sebenarnya memandu dah jadi suatu kewajipan dah sekarang kan? Yelah. Kita bukan di dunia fantasi doraemon nk ke mana-mana ada pintu ajaib. Semua kena usaha. Sbb tu Islam sukakan umatnya yang kuat berbanding yg lemah. Kalau kita serba tak tahu, macamana nak menyumbang utk agama kita kan? Kalau Allah tanya, kita nk jawab ape je.. huhuhu

Antara lainya aku nampak, kita boleh tolong mak ayah kita. Mana tahu kalau ada kecemasan, at least kita boleh cuba semampu kita. Berbakti kt dorang. Islam ajar, malang bagi seseorang anak itu yg masih ada ibu ayah, tp tak gunakan mereka utk masuk ke dalam syurga Allah. Fahamkan maksud tu?

Entahlah. Aku banyak sangat nk cerita. Tp aku sangat malas menulis. (aku tak suka menulis, jadi tak hairan pun kan) . Setakat ni dulu ya. 

p/s: siapa yg tinggal di Ipoh, renew lesen memandu di UTC je k? cepat je uolls. Sampai malam jugak dorang bukak kecuali jam 7-8 malam sbb time tu rehat. Serius terbaik dorang ni. :D





No comments:

Post a Comment