Assalamua'laikum pembaca yg dirahmati Allah moganya.
11 Ogos lepas, Keputusan UPU, UM, USM dan RCMP yang aku mohon banyak banyak tu dah keluar dengan jayanya. (result tak semua jaya sgt haha). Okay, jd konklusinya, aku tak dapat ke RCMP utk buat medik situ. haha nampak sgt aku bukan ditakdirkan jadi doktor. :D
Tapi Alhamdulillah, aku dapat USM. Kau tahu, bila dapat tau tu, aku tak sangka langsung. Bayangkan, aku hantar keputusan semester akhir aku seminggu sebelum result USM tu keluar. Time hantar result MUET pulak, dia kata sistem dah ditutup. Nak menangis jugak la masa tu. T_T . Macam entry lepas, aku dah cakap kan aku tak harap langsung dapat IPTA dalam masa terdekat ni sbb kami ni tak grad lagi. Tapi tulah, aku dengan mak ja macam excited bila dpt tu. Ayah buat taktau. Macam tak setuju aku pergi. Ayah kata, "hang nak jadi apa ambil Fizik tu?" . hee entah. Aku pun tak pasti. Tapi Alhamdulillah, berkat pertolongan abang dan kakak yg yakinkan ayah, ayah setuju aku p sana. :)
Sebenarnya masa tu, aku patut rasa sedih sebab ayah tak kasi. Dan, aku tak dapat RCMP medik tu. Tapi anehnya, aku rasa bahagia tiba-tiba. Aku tak terganggu pun psiko ayah kat aku tu. Tak dapat RCMP tu pun aku mcm rileks ja haritu walaupun aku berharap sangat sangat dapat kat situ dulu. Macamana nk cerita ea? .hm macam ni, aku haritu ada dengar ceramah Ust Abdullah Khairi. ni link dia https://www.youtube.com/watch?v=jHcpKqjkzU0 . Pasal redha dan bahagia. Sebenarnya, USM ni pilihan terakhir aku antara kesemua yang aku mintak tu. Walaupun yang lain aku tak dapat, kecuali yg Australia tu, (takdak penaja lagi haha) aku rasa bahagia sangat. Aku bersyukur Allah beri yang terbaik buat aku walaupun ayah rasa tu tak bagus sangat utk aku pada awalnya. hehe Tp, tak semestinya yang kita rasa baik, baik utk kita. Macam tu jugak sebaliknya. kan? Macam mana pun, kalau kau redha, kau bahagia. Mcm ceramah tu ckp.
Buat sahabat aku yg tak dapat lagi tawaran u, jangan sedih. Allah tau sedih korang. Allah jugak nampak usaha korang. Usahalah, doa dan berserah. Yakinlah, Allah tetapkan sesuatu ada hikmah. Yakin jugak, bahawa Allah MAHA MEMAKBULKAN DOA HAMBANYA, Banyakkan solat dhuha, hajat, baca surah Al-Waqi'ah. Banyakkan istighfar, baca Al-Quran. InsyaAllah, kau akan dapat rezeki yang tak kau sangka sangka. Trust Allah okay ? :) *aku pun pernah rasa down . tak percaya, tgk entry sebelum ni.
Percayalah pada Allah. Percaya pada rezeki. Aku tahu, kadang kadang kita okay ja. Tp faktor org sekeliling buat kita down kan? Percayalah, aku pernah rasa centu. (aku malas cerita sbb sedih sangat cerita tu haha). Tp, kekalkan momentum positif, usaha, doa sungguh sungguh, kau mesti dapat yg positif dan baik jugak. Trust me? Dan satu lagi, bila sapa sapa nasihat, ada tak terlintas cemni, "Kau boleh la cakap, kau berjaya dah, kau tak rasa la, bla bla bla..". Sbb aku pernah terlintas cemtu dulu. Tp, satu lagi kau kena igt, yg bercakap ni lah, Allah selalu uji ttg apa yg dicakapkannya. Jadi nasihat ni utk aku terutamanya dan semua yg membaca :D moga kita berjaya tempuh semua ujian Allah kasi dgn hati yg tenang okay? Dunia tak lama pun. Orang nak bercakap-cakap pasal kita pun nanti dia lupalah tu. haha . okay tu ja lah. Jumpak lagi insyaAllah :D
*respect sgt kat motivator, ustaz ustazah yg banyak nasihat kat kita. mesti dorang lagi teruk ujiannya kan? hm cer imagine, tabahnya nabi-nabi kita kan?
No comments:
Post a Comment